Sunday, August 23, 2009

WaSiaT RasULuLLaH SAW UnTuk WanItA

Suamimu Adalah Syurga Dan Nerakamu

Sabda Nabi Muhammad Saw yang bermaksud:

Dari Al-Husain bin Muhsan, bahawa makciknya datang kepada Nabi SAW , untuk suatu keperluan, namun dia tidak mendapatkan apa yang diperlukannya, lalu Nabi SAW bertanya kepadanya:” Apakah engkau mempunyai suami?” Dia menjawab: “Ya”. Baginda bertanya: “Bagaimanakah kedudukanmu di sampingnya? Dia menjawab: “Aku tidak mengabaikannya kecuali yang memang aku tidak mampu mengerjakannya.” Baginda berkata: “Maka lihatlah, di mana kedudukanmu di sampingnya, kerana dia adalah syurgamu dan nerakamu.”

Wahai kaum Muslimah, pada hakikatnya perkahwinan merupakan ungkapan tentang persetujuan antara seorang lelaki dan wanita untuk melahirkan generasi yang baik, yang bersedia beribadah kepada Allah, membangun dan mengisi kehidupan ini. Perkahwinan dalam Islam adalah pemaduan rasa kasih sayang serta berusaha saling memberi antara dua manusia. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Rum ayat 21:

Yang Bermaksud:“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu berfikir.”

Pentafsiran kalimah mawaddatan wa rahmatan menurut Prof. Dr. Hamka ialah cinta, iaitu kerinduan seorang lelaki kepada seorang wanita dan seorang wanita kepada seorang lelaki yang dijadikan Allah tabiat semula jadi dalam kehidupan. Setiap lelaki dan wanita yang sihat akan mencari pasangan hidup yang disertai keinginan menumpahkan kasih sayang dan kepuasan bersetubuh, dan setelah itu termeterailah mawaddatn atau cinta kedua belah pihak
Bagi mempertahankan kesinambungan hidup antara suami dan isteri, maka Allah menetapkan hak-hak bagi setiap suami dan isteri terhadap yang lain. Firman-Nya:

Yang Bermaksud.” wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. Tidak boleh mereka Menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. dan Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. akan tetapi Para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Menurut Prof. Dr. Hamka, ayat di atas menjelaskan bahawa suami dan isteri mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing dalam mengurus rumah tangga. Hak isteri tidak boleh di tuntut ke atas suami secara berlebihan dan hanya mengikut kemampuan suaminya itu. Oleh itu, suami berhak menyediakan keperluan ke atas isterinya mengikut kemampuannya sendiri, kerana keputusan dalam mnyelesaikan masalah adalah terletak pada tangan suami.
Adapun di antara hak wanita atas suaminya atau kewajipan suami terhadap isterinya, dia harus mengajari apa yang diperlukan isterinya tentang masalah agama. Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim ayat 6:

Yang Bermaksud:” Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Tafsiran ayat di atas ialah perintah Allah kepada setiap individu muslim agar memupuk dan memantapkan keimanan dalam diri sebelum memupuk keimanan terhadap isteri dan anak-anak, seterusnya peliharalah diri daripada azab neraka sebelum memelihara keluarga daripada azab seksa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk membimbing isteri dan anak-anak mengenai ilmu agama. Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap kamu itu ialah penggembala dan tiap-tiap kamu akan ditanyai tentang apa yang digembalakannya. Imam yang mengimami orang banyak adalah penggembala, dan dia akan ditanya tentang orang yang digembalakannya itu. Dan seorang laki-laki adalah penggembala terhadap keluarganya, dan dia pun akan ditanyai tentang penggembalaannya. Dan seorang perempuan adalah penggembala dalam rumah suaminya, dan dia pun akan ditanyai tentang yang digembalakannya.”

Di antara hak wanita atas suaminya, suami harus menjaga dan mencemburui dirinya. Hak wanita yang lain, suami harus mempergaulinya dengan cara yang baik dan mencurahkan kasih sayang padanya. Suami juga tidak boleh mengkhianati dan mencari kesalahannya.

Khatimah

Wahai kaum muslimah, ingatlah wasiat Rasulullah SAW ini,
“Di antara kewajipanmu, hendaklah engkau berusaha bagaimana memuaskan suami dan menyusupkan kegembiraan ke dalam hatinya. Jangan sampai ia mendengar darimu kecuali ucapan-ucapan yang baik, jangan sampai dia mencium darimu kecuali bau harum, agar rumahmu menjadi tenang dan nimat sendi-sendinya.”

0 comments:

Post a Comment