Sunday, August 23, 2009

HiKmAh BeRsAhUr

Amalan bersahur merupakan satu amalan yang penting di bulan Ramadhan. Sebagaimana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari, Muslim, Ahmad, Termizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud:

“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan.

Dalam riwayat yang lain oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud,Termizi dan Nasai, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah makan sahur


Semasa bersahur, Umat Islam disunatkan juga melewatkan untuk bersahur. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sentiasalah Umatku dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur

dan menyegerakan berbuka puasa.”

Amalan bersahur terdapat hikmahnya. Dari sudut sains, amalan ini menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunujukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi. Hal ini kerana bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Bahkan, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung, dan menghidap penyakit kencing manis.
Hal ini menjadi penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negative di sebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian menunjukkan bahawa kadar glukosa dalam darah menuruh selepas bangun tidur dan keadaan ini akan berterusan kerana tidak bersarapan, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan pada pelajaran.

Justeru itu, Umat Islam hendaklah bersahur ketika berpuasa di bulan Ramadhan kerana ia tidak memudaratkan kesihatan dan ia merupakan sunnah Nabi SAW. Mudah-mudahan, melalui amalan bersahur ini dapat memudahkan kita semua dalam melaksanakan ibadah puasa serta amal ibadah yang lain. Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT serta mendapat kerahmatan daripadaNya….



0 comments:

Post a Comment