Dakwah di Malaysia adalah suatu usaha yang perlu memikirkan pelbagai metode kepada sasarannya. Hal ini kerana, masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Orang asli dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian latar belakang bangsa dan sosioekonomi masyarakat ini membuatkan dakwah perlu di jana dengan pelbagai metode yang sesuai. Ini penting, bagi memudahkan proses menyampaikan mesej dakwah dapat di lakukan dengan sistematik dan tersusun. Jika dilihat suasana dan persekitaran masyarakat di negara kita, pendekatan dakwah melalui bi al-hal sangat penting kerana ia dilakasanakan dalam ruang lingkup penerapan nilai-nilai Islam dalam amalan dan cara hidup sesuatu masyarakat. Oleh itu, dakwah bi al-hal sering menumpukan usaha-usaha pembinaan akhlak baik dalam kalangan masyarakat. Misalnya, penerapan amalan bersatu-padu, toleransi, nilai teladan baik, tolong-menolong, menghormati orang lain dan sebagainya. Dengan kata lain, sikap suka bergaul dalam masyarakat adalah kunci kepada gerakan dakwah bi al-hal. Sebagai contoh, antara pendekatan dakwah bi al-hal kepada masyrakat Orang Asli adalah:
I. Ziarah
II. Layanan makan dan minum
III. Gotong-royong
IV. Sukaneka
V. Pendidikan dan motivasi anak-anak.
VI. Demostrasi kesihatan
VII. Tayangan video.
Pendekatan dakwah bi al-hal pada hakikatnya mampu menyesuaikan keadaan dan cara hidup bermasyarakat. Dakwah bi al-hal juga mempunyai cirri-ciri tarikan dan pembujukan yang tinggi sehingga mudah menarik perhatian sasarannya. Oleh yang demikian, pendekatan dakwah bi al-hal amat mudah di amalkan kerana ia perlu dilaksanakan mengikut cara hidup dan suasana sesuatu masyarakat.

0 comments:
Post a Comment