Wednesday, August 12, 2009

Generasiku......

Dalam era globalisasi yang semakin pesat membangun, umat Islam pada hari ini dilanda cabaran hidup yang semakin sukar dibendung, khususnya masalah berkaitan dengan generasi muda Islam yang semakin alpa dan hanyut dengan keseronokkan dunia semata-mata. Keasyikan mereka dalam melayari bahtera kenikmatan duniawi menggambarkan betapa rosaknya akhlak dalam diri mereka seolah-olah tiada panduan dan pedoman hidup dalam kamus kehidupan mereka.
Khayal dengan permainan dunia, sehingga alpa dan leka akan tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa, negara,ibu bapa dan terutamanya kepada Rabbul A’lamin. Di Malaysia, masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja Islam semakin parah seperti penyakit yang tiada penawarnya.Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan?..Ibu bapa?..Guru di Sekolah?..Rakan Sekolah?..mahupun pihak kerajaan?..Ada setengah pihak menuding jari terhadap ibu bapa yang harus dipersalahkan disebabkan peranan mereka lebih besar dalam mendidik anak-anak mereka. Timbul lagi persoalan, adakah ibu bapa pada masa hari ini mampu memikul amanah dalam mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin?..Jika dilihat masih lagi ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak terutamannya soal didikan agama. Harta dan kemewahan duniawi mampu diberikan kepada anak-anak tetapi soal didikan agama masih lagi jauh ketinggalan tidak sama dengan peredaran semasa pada hari ini.
Apa yang pasti, masalah keruntuhan akhlak remaja Islam perlu di atasi melalui pelbagai cara dan kaedah sesuai dengan peredaran semasa. Pada asasnya, Islam merupakan agama yang merungkai setiap permasalahan dalam kehidupan manusia. Dalam menjana pembangunan akhlak remaja Islam, terdapat 2 kaedah atau cara utama iaitu:
1. Pembentukkan akidah yang mantap melalui cara penghayatan tauhid uluhiyyah melalui pendekatan al-hikmah iaitu berdasarkan kebijaksanaan ilmu dengan kebiasaan tingkah lakunya.
2. Pemantapan akhlak melalui penerapan sifat al-‘Adlu,al-Shajaah dan al-‘Iffah.

Oleh yang demikian, pembangunan akhlak dalam diri remaja Islam melalui kaedah tersebut di harap dapat mengurangkan masalah tersebut kerana generasi remaja Islam pada hari ini adalah bakal menyambung perjuangan dalam menegakkan kalimah tauhid di muka bumi Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment