Dakwah islamiah ialah gerakan menyeru manusia seluruhnya supaya mereka menganuti agama Allah, iaitu agama Islam. Oleh kerana Allah yang memerintahkan manusia untuk melaksanakan gerakan dakwah, maka Allah sendiri telah menentukan metod-metodnya yang sesuai dengan fitrah manusia. Islam mengandungi ajaran-ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia, khususnya ajaran yang membimbing manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:
Ertinya: Maka hadapkanlah mukamu(dirimu) ke arah Islam sebagai orang yang cenderung kepada kebenaran(haq). Agama itu ialah fitrah(agama) Allah yang menjadikan manusia dengannya (fitrah) iaitu dengan keadaan bersih semula jadinya. Tidaklah patut ada sebarang pertukaran bagi ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, namun begitu kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Metod Dakwah yang di tentukan Allah di dalam perintahNya kepada Nabi Muhammad SAW iaitu dalam firmanNya:
Ertinya: Serulah mereka kepada jalan Allah dengan hikmah, dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu tentang orang yang menyeleweng(sesat) dari jalanNya, dan Ia lebih tahu tentang orang-orang yang mendapat petunjuk.
Ayat di atas menentukan tiga metod berdakwah ke jalan Allah, iaitu:

- Hikmah
- Nasihat Yang Baik
- Perbincangan dengan cara yang lebih baik.
Menurut Wan Hussein Azmi, hikmah dari segi bahasa mempunyai sembilan erti, iaitu:
- keadilan
- Tahan Marah
- Kenabian
- Sesuatu yang tidak memperlihatkan kejahilan
- Tiap-tiap perkataan yang bertepatan dengan yang haq(kebenaran).
- Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
- Perkataan betul dan tepat
- Sesuatu yang menegah berlakunya kerosakan
- Mengetahui sebaik-baik perkara dengan sebaik-baik ilmu.
Dari segi tafsir pula, tafsiran al-Syikh al-Tabrasi dalam kitab tafsirnya al-Bayan, hikmah bererti Al-Quran, manakala al-Zamakhsyari dalam kitab tafsirnya Al-kasysyaf, hikmah bermaksud perkataan yang betul dan tepat, dengan erti kata lain dalil yang menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.
Berdasarkan pengertian di atas, metod hikmah dalam berdakwah dapat di bahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
Berdasarkan pengertian di atas, metod hikmah dalam berdakwah dapat di bahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
- Bahagian Pertama: Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah, iaitu:
- Kenabian( sifat ini khusus kepada Nabi-Nabi)
- Keadilan
- Meletakkan sesuatu pada tempatnya
- Tahan marah
- Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas
- Pengetahuan sebaik-baiknya.
- Bahagian Kedua: Hikmah berhubung isi kandungan dakwah, iaitu:
- Al-Quran
- Tiap-tiap perkataan yang bertepatan dengan haq(kebenaran).
- Dalil-dalil yang tepat yang menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.
- Bahagian Ketiga: Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah, iaitu:
- Sesuatu yang dapat menegah kerosakan.
- Sesuatu yang di letakkan betul-betul pada tempatnya.
Al-Mau'izah al-hasanah yang bererti yang menghindarkan manusia dari keburukkan dengan cara menimbulkan kegemaran dan perangsang untuk meninggalkannya, dan menanam rasa tidak mahu melakukannya. Setengah ahli tafsir lain pula berkata, nasihat yang baik adalah nasihat yang di sampaikan dengan lemah lembut sehingga ia meresap ke dalam hati yang halus dan mendalam serta dapat masuk ke dalam jiwa yang lembut.
Perbincangan dengan cara lebih baik pula bererti menghormati pandangan dan pemikiran pihak lain serta tidak memberi tekanan sepanjang perbincangan itu berlaku, sebaliknya bertujuan untuk berusaha sama dalam mencari kebenaran.

0 comments:
Post a Comment